Thursday 15 August 2013

Selamat Hari Raya.. :)

Selamat Hari Raya ...

Tahun ni raya kat kampung hubby..
Raya kali ni, masih lagi berdua.. 
Walaupn sebelah hubby, ramai yg tgh preggy or bru je lepas bersalin..
Surprisingly, sy masih bertahan..
Walaupn ade kata-kata pedas singgah di telinga, sy buat tak dengar je..

Alhamdulillah..
kebahagiaan masih kekal dalam rumahtangga kami..
Saya gembira beraya bersama hubby di sisi..
Saya yakinkan dalam hati, Allah lebih mengetahui perancangan untuk hambaNya..

Utk dijadikan iktibar dan peringatan kpd sy juga..
Tak semua org yg mempunyai anak turut bahagia sepenuhnya..
Raya kali ini, mungkin Allah bukakan mata kami..

-editted-.

Semasa beraya ke rumah makcik & pakcik..
Ada yg memahami dan beri kata2 semangat..
Tak kurang juga yg melontarkn pandangan simpati..
Sebenarnya, sy tak suka org pandang simpati pada kami..

Insyallah, ada rezeki kami nanti..
Mane tau, anak kami nanti, sgt2 bertuah dan lebih menggembirakan berbanding anak org lain? 

P.s Kali ni, sy xbuat ovulation test, track body basal temperature pn tak.. 
Kami tawakal pdaNya...