Wednesday, 24 July 2013

Luahan hati kami..


Mungkin ramai yang senasib dgn sy... 
Kami ditakdirkan bukan termasuk di dalam golongan yg "mudah" utk dapat rezeki anak.. 
Ada juga yang menganggap kami yg tergolong dalam kelompok ini, tak mendapat rahmat dari Dia.
Ada juga yg mulut lancang, berkata di belakang, mandul.. tak reti buat.. dan byk lg yg kata2 yang mengguris hati.
Mereka menganggap, kami tidak lakukan sebarang usaha langsung.. 
Tak kurang juga yg menganggap kami ni "Tuhan", yang boleh menentukan bila masanya kami akan menimang cahayamata.. 
Sedangkan mereka sendiri tau, itu semua bukanla kuasa kami..
Nak buat macammana, tak dapat menolak..
Hakikat masyarakat di sini... memang sebegitu. 
For them... if you are married, then you should have a child, as soon as possible.. 

Yer.. sy pun nak anak.. Hubby pun nak anak..
Tp, perluke diberi "masa" tertentu utk kami perolehi anak..? 
Siapa kami nak tentukan bila kami akan mendapat zuriat.. ?
Adakah sekiranya saya perolehi zuriat secepat mungkin, itu adalah yg terbaik bg kami..?
Bagi mereka, yer.. Bg kami, mungkin juga yer...
Tapi bagi Dia..? Jelas menunjukkan, Dia yakin bahawa itu bukan yang terbaik buat kami. 
Itu sebabnye, setelah 2 tahun kami berkahwin.. Dia masih belum izinkan..

Usaha?
Berapa banyak duit yang dah dihabiskan untuk mencari jawapan..
Moden? Tradisional?
Kedua2nya tidak menidakkan potensi kami untuk mendapatkan zuriat. Normal.
Ape lagi mahu dikatakan.. 
Semuanya kuasa dari Dia.. 

Disudut hati, ada juga terlintas, "Mungkin Allah murka dgn diri ni, sebab itu die tak nak bg rezeki yg satu itu?" 
Tp, hubby berkali2 ingatkan, "Bersangka baiklah dengan Dia.. kita tak tau apa yg Dia rancang untuk kita.."
Apa yg sy bole, sy gagahkan diri dan tetapkan hati je utk teruskan usaha.. 
Insyallah, masa kami akan tiba juga.. 
Mungkin juga, penantian yang lama ni akan jadi sesuatu yang lebih manis..

P.s Blog ni just salah 1 platform sy utk luahkan hati.. Selain Dia dan suami, siapa lg yg sy nak luahkan..?  



No comments:

Post a Comment