Wednesday, 16 September 2015

2nd. checkup KK.30w

Checkup KK 30w, selasa lepas. 
Berat turun sikit...
dari 72.6kg mse 28w, ke 72.3kg.
Tp nurse tak komen... hihu~

Hb naik...aritu drop mendadak 10.2.. skang ni 11.6.
Syhh.. sy xmkn iron tablet. 
Tp bberapa hari sbelum checkup, sy mkn kerang skit n hirup madu . hihu. 

..........
So far, semua ok..
Cuma masa nurse tengok carta pergerakan baby, nurse ckp.."jgn buat camni..."
Aik. 
xyah tick utk stiap pgerakan.. tick pgerakan yg ke 10 je..
da lain mazhab.. mueheeh.

tp, xpe jugak..
lg mudah kerja.
sy da la jenis... hari ni checkup pkul 2, pkul 1.30pm sy tick semua tarikh..dalam kete.. sebelum gerak gi klinik. huhuhuhu

ok bai. 



Sunday, 13 September 2015

random post

Random post. 
Dapat idea nak post ni selepas borak2 dgn kwn mengenai isu semasa kami.hihu. 
....................................................

Dalam isu pekerjaan ni, sy tertanya2.. apa label bagi orang umum untuk kami, pekerja2 di syarikat2 tertentu. 
Contoh : Kami pekerja syarikat telekomunikasi. Apa yang orang umum lihat pada kami?
Kami pandai repair telefon? Kami pandai repair streamyx? Kami tau setiap prosedur untuk langgan streamyx?  Or kami tempat orang bayar bil?

Bukan tak pernah, orang kampung jumpa n cakap..
"Bole tak tolong tengok2kan telefon makcik ni..dah lama tak berbunyi.."

Apa tindakan sy..? 
"Makcik da call 100? Da report tak?"
atau pun..
"Makcik bgtau no fon makcik dulu..sy tolong fwdkan aduan makcik ni pd department berkenaan."

Yer... bagi syarikat yg besar (besar sgt ke? hihu) or korporat (korporat sgt ke?), 
satu company..mempunyai banyakkkkkkkkkk department. 
setiap department ada fungsi tertentu, tugas tertentu, tanggungjawab tertentu.
setiap department tu pun..ada kepalanya, badannya, ekornya (orang dan pangkat ler)
Prosedur? Peraturan? Of course la ada.. 
link antara department? passing job? semestinya ada..

 Jika anda ada masalah, tolongla... rujuk pada orang yg arif tentang masalah tersebut.
Janganla depends dgn kata-kata ini.. "dia keja TM..of cozla dia tau semua pasal TM, setiap selok belok prosedurnya. "
Maaf, anda silap. 

Kalau kawan anda kerjanya di kaunter, jangan la tanya.."prosedur untuk buat maintenance genset bagi ibusawat"
Kalaupun kawan awk tu rujuk pd kawan yg tau pasal prosedur tu.. mungkin bukan 100% info tu tepat.

Takkan tak penah dengar.. if prosedur A tak boleh buat, ade hidden prosedur B yg kena buat..
kwn yg tau pasal prosedur tu belum tentu akan bsusahpayah explain scara detail.
kdg2, prosedur B yg tu pun xboleh jalan.. kwn tu pun kena rujuk bos dia.
Bos dia plak bukak fail untuk rujuk prosedur C.. kwn awk tu belum tentu tau prosedur C..
seterusnya..sampai la kata putus diterima. 

paling merunsingkan.. 
kalo kena rujuk plak pd department lain..untuk prosedur D.
department lain, kena rujuk plak department lain lg utk prosedur E..
department lain lain plak strict ntah hape2.. mintak itu ini, bounce back pd department kte..
fwd semula..xpuas ati lg.. bounce back..fwd lg..
sampaila puas hati..

wahhhh.. panjangnye...
bila tahun nak setel tu?

well, that happens.. jgn ckp ini kes diada2kan..diputarbelitkan..

Sebabtu... sy cakap.. kalau tak pandai, jangan memandai buat spekulasi.
juz bdasarkan prosedur yg ditampal umum, awak claim, you know everything about the procedure. 
atau tengok base on surface..
atau tengok pengalaman org lain yg mudah..

Memang rasa nak tunjal je kepala orang yg konon bijak n cakap kita bodoh & tak tau tu.
Well, mungkin awak pandai sgt kot. 

..............

Hah..lagi satu.. 
orang selalu cakap.. kenapa lambat sgt tindakan?
takkan takde KPI?
Are you sure...every single thing dlm dunia pekerjaan ni, depend on KPI?
Rasa cam nak gelak & nangis je. hihu.
You are so naive, kalo pikir camtu.

Memang semua orang akan kejar utk achieve KPI..nak dapat bonus kan..? muehehe. 
Sampaikan ada yg sanggup langgar semua prosedur demi KPI..
tapi, what happen if tembelang pecah? that u broke the rules juz to achieve your KPI?
nak bagi kepala kena sembelih? nak kena tnjuk show cause letter? or nak kena pecat?

common la.. 
buka mata.. buka minda. 
jangan tunduk totok sgt dgn provokasi. 


Kalau anda belum pasti sesuatu perkara tu, diam.. & selidik sebetul2nya..
Jangan, bila dengar je statement, "Wehhh..kawan aku buat, sekejap je woi.. penipu kot orang tu, dia pemalas la tu.. "
Anda terus cakap, "Mana ada prosedur camtu, tipu je... tu alasan je la tak nak buatkan"

Ish ish.. 

Kalau tak tau kebenaran dipihak mana lagi, balikla pada Allah, kan?
Allah je Maha Mengetahui.
Jangan hukum or mencarut2..takut2, kamu tersalah pilih side, kamu tersalah doa & balasan tu berbalik kepada kamu..
Jika kamu betul pun... adakah cara dengan memaki hamun, mencarut tu adalah yang baik?

Heeee....
 Doa orang teraniaya kan makbul, kenapa tak yakin? 






Wednesday, 2 September 2015

Aisya 1yr3months

Aisya Aqila..
1 year 3 months.. 

.....................................

Language/Vocab Aisya.

Da faham arahan. 
If kita cakap, "mandi" - dia da kelamkabut cuba buka baju seluar, n pegi toilet..
If kita suruh masukkan barang/simpan balik barang (sambil tunjuk ke mana) - dia faham, cuma rajin or tak je nak buat..lol.

Cumanye, if dia nak bgtau dia nak sumthing.. dia cuma cakap, "Ni...Ni..", sambil tunjuk.
Kdg2 susah juga nak faham.n dia pun frustrated if kita tak paham apa yg dia nak. 
Bila dia frust, dia nangis merengek la.. Nak tak nak, kita tanya la every possible thing yg dia nak. 
"Aisya nak susu?"
"Aisya nak makan?"
"Aisya beyak ke?" 

Kalo dia nak susu.. sy akan cakap, "amik botol susu"
then dia cari botol susu, kmudian bg pada sy. lpastu sy tanya semula, "Aisya nak susu?"
If dia cakap "nak" or angguk.. sy pun pegi buat susu. 

Kalo dia nak makan.. saya tanya, "Aisya nak makan yer..?"
Then dia akan buat mulut kemam buka tutup.."mam..mam" pastu dia menghala ke dapur..
Then itu tanda dia nak makan.. 

Pkataan baru eih..
mungkin ini kot..

"Kunci" - bila saya keluar rumah, sy nak kunci rumah sambil dukung dia. Of coz dia akan cuba nak grab kunci tu. Nak alih perhatian dia, sy cakap la.. "Kunci pintu"
Then dia sebut semula.."Kunci.."

Ada sekali tu, sy cakap dgn hubby.."Syg kne tolong urutkan kaki dila..sebab rasa lenguh, takut malam nanti rasa kejang plak.."
Pastu aisya trus cakap, "Kejang"
Tgelak sy sebab sebutannya mmg betul. takde telo2..
huahuahua.. 

............................................................

Tantrum?

Rasanye, da nampak progress dia da mula tantrum.. Tp xde kes hentak kepala, bguling2 sume kot..
Kes dia, ketap2 gigi geram smbil genggam tangan..
Menangis.. merengek (suara kuat)

Mostly, happened bila dengan sy..
Memang kdg rasa penat nak nangis, ada juga tlepas marah dia..n jentik tgn dia..
Lepas tu menyesal n peluk dia balik..
Nampak jelas air muka dia berubah if kita tinggi suara or marah dia..
Kita pulak rasa nak nangis tgk muka dia camtu..
huhuhu.

Sian anak ibu..



2nd.28w


28weeks +
Niat dihati.......nak buat 4d kali ni..
mse Aisya, tak dapat buat.. sebab everytime halakan ultrasound tu.. Aisya mendongak, supaya mukanya xdpt dicapture..

......................................

Kali ni.....
Tak dapat buat juga.....
Sebab baby meniarap ke hape ntah..
SObs.

................

Selasa lepas, checkup paling panjang rasanye..
Checkup sekali dgn Aisya.
Nasib baik hubby ade.. Kalo x mmg huru hara..


So far, kepala baby da kt bawah.. 
position ok.. 
air ketuban ok.
uri pun kat atas..
estimate berat baby.. skang 1.1kg..
berat sy, 72.6kg kot.. (gigih buka buku pink semula)
berat asal mse 12w 70.8kg rupenye.. huhu.
kte tengok...kalini berat sy naik berapa byk..huhu. 

Cuma nye hb sy merudum dgn dasyat. 10.2 saje.
pemakanan mmg teruk lately. blame me. huhu

Injection tetanus pun sudah..

.................................

Baju2 Aisya dulu.. tgh sorting n pilih mana yg bole recycle.. hihi
bila sorting2 tu.. ade juga jumpa bberapa helai bju yg belum dipakai..
or... beli je, tp mcm tak berkenan nak dipakaikan pd Aisya..
rse mcm nak derma jer.. huhu. 

................

p.s azam2 nye.. lepas bersalin kali ni, nak pantang betul2.. pastu rehat 2 tahun.. nak pasang badan balik (harapnye la kan!). Serius rindu nak berdating ngn hubby lg.. haha. (yes.. ulang balik.. thats why Allah bg 2tahun honeymoon bdua dulu.. huhu)